Tuesday 6 December 2011

hepi time

huh dh bpe hari nie ak x dek msg langsung ngan awek ak, mrah agknye ngan ak, tp td die ad anto msg kt fb n ak ad bls nye n membuatkan kami chat berjam2 lme nye, rndu gler kot kt die, huh ble nk cpt abs blajo nie, leh kwen awal, gatai sungguh, ape2 pon i luv 2 syg, terbaek....

Wednesday 9 March 2011

home sick kot...

lme x update blog nie, ak pon x bpe nk shat sngt skang, lme x dmam tbe2 kne lak, home sick kot lme x lek kg hahaha pdhal x la jauh mne kn, tp time2 cmnie mmg x bes pasal moto ak wt hal lak time2 kring nie, kcau btol tp nk wt cmne dugaan kn. sabo jela hehe

Wednesday 2 March 2011

tnde2 ari yg x bes

smlm mmg x bes gler la rse nye, pg2 dok trun mamak tgk m.u vs chelsea, m.u klh 2-1, 2 je dh x bes, pas 2 tdo bgn2 kul 11 lbih,. dh miss dh klas PNB, tp x pe ilek lg, tdo blik. bgn2 dh kul 4 lbih, arghhh...miss lg 1 klas. adui...cmne leh jd cmnie, adkh psal smgt m.u klah...enth la....hrp2 bnde nie x jd lg...he.....

Tuesday 1 March 2011

Ekonomi masyarakat melayu tradisional

Ekonomi masyarakat melayu tradisional
            Masyarakat melayu tradisional dikatakan memiliki ekonomi sara diri iaitu ekonomi yang dijalankan pada skala yang kecil dan hanya untuk menampung diri sendiri. Tetapi lama kelamaan ianya mengalami permodenan dan semakin maju hingga kini. Menurut pandangan Negara barat, kemajuan dan permodenan ekonomi yang berlaku di tanah melayu adalah kerana kedatangan barat ke tanah melayu. Hal ini merujuk kepada penjajahan yang dilakukan keatas tanah melayu. Hakikat ini adalah tidak benar keranan ekonomi masyarakat tanah melayu sebelum kedatangan penjajah barat telahpun mengalami permodenan atau perubahan didalam jenis ekonomi dan sistem ekonomi tersebut.
            Ekonomi masyarakat melayu tradisional pada masa dahulu merupakan ekonomi sara diri yang berasaskan kepada skala kecil dan haya untuk kelangsungan hidup bukan kepada ekonomi dagangan ataupun komersial. Ketika Parameswara membuka kota Melaka, jenis ekonomi masyarakat melayu telah berubah daripada ekonomi sara diri kepada ekonomi komersial iaitu dengan aktiviti dagangan terutama kepada golongan orang laut iaitu daripada nelayan kepada pedagang. Begitu juga kepada golongan-golongan petani yang menjadi pedagan kepada hasil-hasil bumi di tanah melayu. Hal ini adalah kerana kedudukan geografi ataupun bentuk muka buminya yang terlindung dari angin kencang menyebabkan ianya menjadi salah satu pelabuhan yang amat maju. Selain itu, hasil bumi bumi tanah melayu seperti rempah ratus sangat diperlukan oleh india, arab dan china.
Hal ini menunjukan bahawa pada abad ke 15 corak ekonomi masyarakat melayu memasuki era komersial. Bagi golongan pemerintah mereka sudah lama bergiat dalam perdagangan. Kegiatan ekonomi komersial sudah lama dialam melayu Bukti hubungan dagang dalaman dan wujud rangkaian dagangan tempatan menunjukkan ekonomi di negeri melayu bersifat terbuka dan tidak sepenuhnya sara diri. Hal ini kerana beberapa kegiatan menternak dan memburu binatang mengumpul hasil hutan dan tanaman padi dianggap sara diri sebenarnya menjurus kearah ekonomi komersial. Terdapat petani menternak lembu dan mengekspotnya ke singapura dan siam. Kerajaan kedah tua pula menjadi pengeluar utama padi. Padi ini dihatar ke negeri-negiri seperti pulau pinang dan singapura. Negeri Terengganu menjadi pengeluar bahan makan iaitu ikan kering manakala  bagi suku kaum suluk dan bajau di sabah menjadikan mutiara sebagi barang dagangan terutama kepada pedagang-pedangang cina dan india.
            Ekonomi masyarakat melayu tradisional terutama ketika ekonomi sara diri tidak mempunyai sistem ekonomi yang stategi. Hal ini kerana pada ketika itu semua barang yang dikehendaki di tukar dengan barang yang lain suka sama suka. Hal ini agak berat sebelah kerana nilai barang tersebut kadangkala tidak setimpal dengan barang yang  hendak ditukar. Sebagai contoh, petukaran antara lembu dengan kambing atau ikan dengan sayur, diman ikan sangat susah untuk di cari manakala sayur banyak terdapat di kawasan sekitar. Hal ini tidak adil bagi nilai baragan tersebut. Semenjak wujud kerajaan-kerajan di tanah melayu, sistem mata wang telah diperkenalkan, terutama bagi perdagangan dengan pedaganag-pedagang luar. Sejak wujud pelabuhan antarabangsa seperti pelabuhan Melaka, wujud mata wang bagi mengantikan sistem bater. Hal ini menunjukan bahawa terdapat permodenan dalam sistem ekonomi masyarakat melayu. Bijih timah, emas dan perak pernah dijadikan alat pertukaran untuk menilai barang diniagakan disamping sebagai piawaian mata wang.
 Setelah perdagangan berkembang pesat pertukaran barang tidak lagi sesuai dan seimbang dengan barang oleh itu penggunaan wang primitif , siput , Cowrie dan kepingan logam atau syiling diperkenalkan. Manakala di Sabah dan Sarawak Manik-manik yang diperbuat daripada kaca dan batu permata dikenali manik-manik mata wang semasa menukar barang. Pendalaman sarawak cerek tembaga, meriam tembaga kecil sejenis mata wang yang sering digunakan dalam sistem tukar barang di Brunei, Sabah dan Sarawak. Menjelang pertengahan abad ke 15, mata wang mula diperbuat di Tanah Melayu, Zaman kerajaan melayu Melaka wang logam diperbuat daripada kaleng ( Calains) dalam bentuk timah. Sistem nilai pertukaran dalam perdangangan besar-besaran menggunakan jongkong emas seberat satu kati lapan tahil. Bentuk binatang buaya, ayam, gajah, kura-kura dan belalang. Penggunaan jongkong digunakan di Perak, Selangor Negeri Sembilan dan Sumetara kerana ia berat.
Ekonomi masyarakat melayu telah mengunakan sistem timbang sukat dan ukur dalam setiap perdaganagn. Hal ini membuktikan bahawa  masyarakat melayu tradisional telah mempunyai kemajuan dalam sistem timbang sukat dan ukur supaya lebih adil dalam perdagangan. Penggunaan alatan seperti kaul, cupak dan gantang diperkenalkan dan digunakan bagi menyukat jumlah beras, bijih timah, garam, kacang dan rempah. Manakala bagi menyukat jumlah berat, kaedah timbangan digunakan.penggunaan alat seperti dacing dan pikul untuk timbangan barangan seperti emas, perak, bijih timah dan rempah. Bagi mengukur keluasan dan jarak di antara dua tempat, unit relung digunakan.selain itu juga anggota badan juga digunakan bagi mengukur jarak pendek seperti jengkel iaitu ukuran jarak di antara ibu jari dengan jari kelengkeng. Hasta iaitu ukuran jarak di antara hujung siku dengan hujung jari hantu dan depa iaitu panjang jarak di antara dua tangan yang didepakan. Pengukuran jarak di antara sebuah kampung dengan kampung yang lain dianggar berdasarkan tempoh masa berjalan atau berkayuh sampan iaitu dengan tempoh masa sepelaung, setanak nasi, sehari, sepekan dan sepurnama atau sebulan.
Ketika ekonomi masyarakat melayu tradisional juga telah wujudnya sistem percukaian seperti sistem ekonomi zaman sekarang. Cukai pada zaman dahulu ialah bayaran yang dikenakan ke atas haisl pertanian, perlombongan, perdagangan, dan hasil hutan seperti beras, bijih timah, ikan kering, dan getah perca kepada pembesar atau pemerintah di sesuatu kawasan. Cukai merupakan sumber pendapatan pemerintah dan pembesar, serta menjadi lambang kekuasaan seseorang pembesar di kawasannya. Semakin bnyak cukai yang di pungut semakin besar la kuasa atau kawasan kawalanya. Sungai merupakan tempat yang penting dalam pungutan cukai kerana sungai adalah jalan perhubungan dan pengangkutan yang utama bagi perdagangan kerana jalan air merupakan jalan yang paling senang untuk mudik ke hulu atau ke hilir bagi menjalankan aktiviti perdangangan. Barang-barang yang dibawa masuk melalui pelabuhan akan dikenakan cukai. Pelbagai jenis cukai dikenakan antaranya cukai labuh batu iaitu cukai yang dipungut di tempat-tempat tertentu di sepanjang sungai. Cukai bebas kuala pula ialah cukai yang dipungut di kuala sungai. Jenis cukai lain termasuk cukai kapala dan cukai tanaman. Cukai kepala berlaku di Kedah, Kelantan dan Terengganu iaitu mengenakan cukai kepala terhadap rakyatnya dan cukai ini digunakan untuk membuat bunga emas sebagai ufti kepada raja Siam sebagai jaminan perlindungan.
Sistem serah dan sistem kerah merupakan salah satu sistem yang terdapat dalam ekonomi masyarakat melayu tradisional. Sistem Serah ialah amalan memberikan sebahagian daripada hasil tanaman yang diusahakan kepada pemerintah. Pemberian itu dibuat sebagai tanda membalas jasa pembesar kerana menyediakan tanah untuk diusahakan. Kadar dan nilai serahan bergantung kepada hasil tanaman dan ternakan yang diperoleh dalam tempoh tertentu seperti dalam tahun tersebut. Sistem Kerah pula ialah amalan membuat sesuatu kerja untuk raja, pembesar, atau kampung tanpa dibayar upah.Antara kerja-kerja yang dijalankan adalah seperti membina istana, kubu, jalan, dan saliran. Sistem ini penting kerana melambangkan sikap taat setia, sedia berkorban, dan berganding bahu rakyat membantu pemerintah

           
Selain Daripada itu terdapat juga pengkhususan pekerjaan yang telah diperkenalkan oleh masyarakat melayu tradisional. Hal ini dapatdi lihat terutamanya di dalam kerajaan melayu Melaka. Pedagan atau pengusaha dilakukan oleh pembesar-pembesar, manakala pertanaian dan pengumpulan hasil hutan dijalankan oleh orang-orang darat, bagi orang-oarang laut atau persisiran pantai merekan di khususkan menjalankan kerja-kerja sebagai pengawal laut seperti Hang Tuah bersaudara dan menjadi nelayan bagi mengumpul hasil lautan. Hal ini membuktikan bahawa sistem pengkhususan pekerjaan tersebut telah lama dilaksanakan sebelum kedatangan orang-orang barat. Kewujudan jawatan-jawatan seperti pembesar, syahbandar dan lain-lain lagi memperlihatkan perubahan sistem dalam ekonomi masyarakat melayu tradisional bagi memastikan ekonomi terus maju. Hal ini menunjukan perubahan atau permodenan yang berjaya dilakukan oleh kerajaan di Tanah Melayu sebelum kedatangan penjajah barat  meliputi segala aspek ekonomi iaitu jenis ekonomi, pengkhususan pekerjan dan sistem mata wang.
Sistem ekonomi tradisional yang diamalkan di negeri-negeri melayu kelihatan lebih menguntungkan golongan pemerintah dan pembesar. Jika dilihat melalui perspektif yang berlainan pula, ianya berbeza. Walaupun ianya lebih menguntungkan golongan pemerintah sahaja namun ketika ini tahap ekonomi masyarakat ketika ini pada tahap yang baik. Kemiskinan golongan rakyat tidak begitu ketara. Apabila negara dijajah oleh penjajah barat, kedua-dua golongan iaitu pembesar dan rakyat jelata terpaksa melihat perkembangan ekonomi moden yang langung tidak menguntungkan mereka. Kegiaan ekonomi moden dikuasai sepenuhnya oleh pelabur dan pedangang asing..


Monday 28 February 2011

assalamualaikum hahaha my first blog ak wt, sje2 je nk wt2 isi mse lpang, he, tq 2 mr. sukri. farid yet naza n mr. tyqo coz tnjuk cre2 wt blog, hehe ad ilmu 2 kongsi2 la brsme...